Welcome to our website !

Media: Maraton Toyo Tires tarik penyertaan 360 peserta

By 4:42 AM


KIRA-KIRA 360 pelari ultra jarak jauh dari Malaysia, Brunei, Singapura dan Jerman mengambil bahagian dalam acara maraton "TOYO TIRES PUTRAJAYA 100 MILES" yang dianjurkan baru-baru ini.

Acara maraton dua hari dengan laluan larian yang meliputi Putrajaya dan Cyberjaya itu dianjurkan oleh PACAT Adventure Team dan peserta bersaing dalam empat kategori iaitu 52 kilometer (km), 78km, 100km dan acara utama 100 Batu.

Ia dihadiri oleh wakil Jualan dan Pemasaran Toyo Tyre Malaysia (TSM) serta lebih 500 penyokong yang terdiri daripada rakan dan ahli keluarga yang hadir bagi memberi sokongan kepada pelari. Perlumbaan yang bermula di Taman Tasik Empangan Putrajaya itu dilepaskan oleh Pengarah Perlumbaan, Zulkiflee Zainal.

Sepanjang perlumbaan yang menyaksikan saingan sengit dan meletihkan itu, pelumba dikehendaki mengharungi pelbagai cabaran yang bukan sahaja daripada sesama pelari mereka tetapi juga yang menguji keazaman mereka. 

Walaupun perlumbaan itu sukar, ia berlangsung dalam suasana yang mesra, keakraban dan sorakan dari penonton menyemarakkan semangat pelumba hingga ke garisan penamat.

Pemenang acara utama 100 batu ialah Jeff Ooi Joo Wan dari Taiping, yang berjaya menamatkan larian dalam masa 25 jam 11 minit, tempat kedua dimenangi Yim Heng Fatt (27 jam 15 minit), manakala Fedoh Ompiduk ketiga (27 jam 20 minit).

Hadiah untuk ketiga-tiga pemenang terbabit disampaikan oleh Pengurus Kanan Jenama TSM, William Tan.

Pasukan penganjur yang diketuai oleh Encik Zulkiflee Zainal dan 80 Pasukan Pacat krew melakukan kerja yang boleh diteladani untuk menjadikan acara itu satu kejayaan yang tidak disangka.

"Sambutan terhadap acara ini begitu menggalakkan dan TSM ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada peserta, penyokong dan pasukan penganjur atas sokongan mereka."Kami berharap dapat bertemu lagi dengan semua peserta dalam acara sama pada masa depan," kata Tan.

Acara itu adalah sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh TSM dengan dengan objektif untuk menggalakkan gaya hidup yang sihat melalui sukan di Malaysia.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/246125

You Might Also Like

0 comments